Tuesday, April 15, 2014

                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               



Alkisah aku mula berminat nak belajar khat kufi ni bila terfikir nak design kad jemputan kahwin aku nanti. Kononnya nak design sendiri dengan design yang macam islamic sikit..angan-angan la kan.haha.. Tapi aku try jugak menggoogle, tetiba terjumpa la satu kad walimah dengan design khat kufi. Sangat menarik dan cantik.. Lepas tu mulalah berangan nak design camtu jugak.hihi.. Alkisah aku mula berminat nak belajar khat kufi ni bila terfikir nak design kad jemputan kahwin aku nanti. Kononnya nak design sendiri dengan design yang macam islamic sikit..angan-angan la kan.haha.. Tapi aku try jugak menggoogle, tetiba terjumpa la satu kad walimah dengan design khat kufi. Sangat menarik dan cantik.. Lepas tu mulalah berangan nak design camtu jugak.hihi.. Actually aku memang dah ada basic khat yang lain seperti khat nasakh dan khat riqa'ah yang mana aku belajar masa zaman sekolah menengah dulu. Khat thuluth je tak sempat belajar, dah pindah sekolah. Khat kufi ni pon aku dah lama minat nak belajar sebenarnya, cuma belum dapat hidayah untuk belajar betul-betul. So sekarang ni, barulah bermula episod aku belajar design khat kufi dengan seriusnya secara online melalui group FB Friend of Kufi Square (FOKS). Dalam group ni, terdapat ramai sifu yang sangat terer design dan memusing-musing khat mereka. Mereka juga sangat membantu dan sudi memberi tunjuk ajar kepada sesiapa saja yang nak belajar. Khat kufi ni perlukan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah. Secara asasnya, berikut merupakan langkah-langkah untuk menghasilkan khat kufi:
Actually aku memang dah ada basic khat yang lain seperti khat nasakh dan khat riqa'ah yang mana aku belajar masa zaman sekolah menengah dulu. Khat thuluth je tak sempat belajar, dah pindah sekolah. Khat kufi ni pon aku dah lama minat nak belajar sebenarnya, cuma belum dapat hidayah untuk belajar betul-betul. So sekarang ni, barulah bermula episod aku belajar design khat kufi dengan seriusnya secara online melalui group FB Friend of Kufi Square (FOKS). Dalam  group ni, terdapat ramai sifu yang sangat terer design dan memusing-musing khat mereka. Mereka juga sangat membantu dan sudi memberi tunjuk ajar kepada sesiapa saja yang nak belajar.
Khat kufi ni perlukan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah. Secara asasnya, berikut merupakan langkah-langkah untuk menghasilkan khat kufi:
1. Mula-mula, download dan study dulu carta huruf tunggal dan bahan bacaan lain mengenai khat kufi. Di bawah merupakan carta huruf tunggal, sambungan huruf dan variasi yang dibenarkan bagi setiap huruf. Carta huruf boleh download di sini.

2. Lepas dah study, try buat khat kufi yang free flow dulu... free flow ni adalah tulisan jawi/arabic yang biasa sahaja, cuma bentuknya berpetak-petak mengikut carta huruf tunggal tadi. Design khat kufi boleh menggunakan microsoft excel dan juga software-software lain seperti adobe illustrator. 

Contoh free flow. Khat ini dibuat dengan menggunakan microsoft excel sahaja.
3. Kalau dah berjaya buat yang free flow mengikut disiplin-disiplinnya, barulah boleh proceed kepada kufi 5bar/7 bar pula. Biasanya kufi 5 bar lebih senang untuk dihasilkan.

Kufi 5 bar. Huruf Hamzah boleh dibuang atau dikekalkan. 

Khat Kufi 7 bar

Boleh juga dihasilkan begini untuk stroke yang lebih cantik dan kemas.

4. Boleh juga kalau nak skip step ke-3 di atas dan terus ke step ini untuk menghasilkan khat kufi murabba/square. Cara design dan bacaan khat kufi murabba' ini adalah bermula daripada bahagian bawah sebelah kanan, kemudian terus ke kiri, then naik ke atas lepas tu ke bawah seperti gambar di bawah.

Khat Kufi Murabba' layout 19x19. Design dan baca mengikut stroke merah di dalam gambar.
Khat Kufi Murabba' layout 21x21

Khat Kufi Murabba' layout 23x23

Khat Kufi Murabba' bersama logo di tengah..=))
5. Akhir sekali boleh la digunakan sebagai hiasan seperti dalam gambar di bawah...


Khat kufi juga mempunyai banyak hukum-hakamnya...bukan boleh main redah, main pusing-pusing sesuka hati je.. kat bawah ni aku senaraikan disiplin-disiplin yang wajib dipatuhi bagi menghasilkan khat kufi yang betul. 
1. Pastikan petak yang ditinggalkan tidak melebihi dua petak. 
2. Semua huruf mestilah rapat ke lantai.
3. Tidak boleh melompat datum. Contohnya semasa proses memusing huruf, tidak boleh dari selatan terus ke utara tanpa ada huruf di sebelah barat.  
4. Semua huruf mestilah mematuhi carta huruf yang disediakan.
5. Bilangan petak pada tiang huruf mestilah dalam bilangan ganjil. Contoh seperti gambar di atas, tiang pada huruf Tho ada 5petak. 
6. Huruf Alif hendaklah sekurang-kurangnya 5 bar. 
Setakat ni sajelah dulu sessi knowledge sharing kali ni. Segala procedure dan disiplin-disiplin yang aku senaraikan ni hanyalah setakat yang aku tahu je, maklumlah masih newbies.hehe...kalau ada sape-sape nak tambah lagi, boleh inform melalui ruangan komen. then aku akan update dalam listing di atas.. Selamat mencuba ye kawan-kawan=))

Note : Saya juga menerima tempahan design khat kufi dengan harga yang berpatutan. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan design, boleh contact saya melalui emel ni :zulalya44@rocketmail.com

No comments:

Post a Comment